Assalamualaikum..
Kat paper skang sibuk citer pasal statement Najib Tim P.M. kiter menegur sikap syarikat2 penyiaran kat Malaysia berlumba2 menghidangkan program2 realiti TV yang diceduk dari barat...Antara yang ketara sekarang of course AF3! Aku xamik tahu sgt AF3 ni, AF2 aritupun aku layan CD kawan aku je..tu pun konsert ke 2 dan 9 yang dikatakan paling baik. Final aku tengok la sbb aku tau saingan agak sengit gak...tapi Antah camaner AF3 ni xmenarik perhatian aku..tapi mmg sekali dgr (daripada video2 kengkawan aku download) sorry to say la..xde la yang sedap sangat pun...biase2 je. Mawi ke ape ke...same je....nyanyi boleh, tapi..ntah..biase je la!
Cume aku agak runsing dgn sikap sesetengah daripada kita yang mempamerkan sikap xmatang dalam mengundi peserta...kalu ikutkan mmg boleh kene sumbat ISA sbb byk statement die berbaur hasutan..apatah lagi melibatkan perbezaan agama dan kaum. Bukan ape..sorang kawan aku dalam friendster tu..sejak dari awal2 AF3 lagi mula buat posting kat Bulletin Board suruh org undi Felix...paling aku ingat bile dia khabaq, "x semestinyer kite org islam xleh undi org bukan islam...(sbb mase Mawi dah start mengatasi Felix)." Aku rase macam ....alamak, very the kebudak2an la this guy! Dah la post kat bulletin...consider la sikit sumer org leh bace, dan bukan sumer org berpemikiran mcm die...kalu nak sgt tulis cam tu..post la kat Fan Club Felix ke ..ape ke...x sensitif langsung!!
Terbaru die post strategy camaner nak kasik Felix menang. Ni aku tempek kat sini untuk korang consider tahap pemikiran rakyat Malaysia sekarang ni:
"Stastistik Penduduk Malaysia dan Strategi AFUNDI - sila baca
Stastistik Penduduk M'sia dan Strategi AFUNDINo Negeri-Negeri Penduduk Luas Km/persegi ------------------------------------------------------------------
01) Selangor Darul Ehsan 3,947,527 (17.78%) 7,955
02) Johor Darul Takzim 2,565,701 (11.56%) 18,986
03) Sabah 2,449,389 (11.03%) 73,619
04) Peral Darul Ridzuan 2,030,382 ( 9.14%) 21,005
05) Sarawak 2,012,616 ( 9.06%) 123,983
06) Kedah Darul Aman 1,572,107 ( 7.08%) 9,428
07) W. P. Kuala Lumpur 1,297,526 ( 5.84%) 243
08) Kelantan Darul Naim 1,289,199 ( 5.81%) 14,920
09) Pahang Darul Makmur 1,231,176 ( 5.55%) 35,964
10) Pulau Pinang 1,225,501 ( 5.52%) 1,030
11) Terengganu Darul Iman 879,691 ( 3.96%) 12,955
12) Negeri 9 Darul Khusus 830,080 ( 3.74%) 6,634
13) Melaka 602,867 ( 2.72%) 1,651
14) Perlis Indera Kayangan 198,335 ( 0.89%) 795
15) W. P. Labuan 70,517 ( 0.32%) 92
--------------------------------------------------------------------22,202,614 329,260 ======================================
Taburan Penduduk mengikut negeri, Banci 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia Sumber : Atlas Informatif Penerbit: Fajar Bakti Sdn. Bhd.ISBN : 967-65-6439-8
---------------------------------------
Bangsa/Kaum---------------------------------------
Melayu/Bumiputera 65.1%
Cina 26.0%I
ndia 7.7%
Lain-Lain 2.2%
=======================================
FAKTA
1: Kaum Cina dan India tidak aktif dan mungkin juga tidak berminat dengan Akademi Fantasia kerana perbezaan bahasa. Anda boleh lihat penyertaan kaum Cina dan India sejak Akademi Fantasia pertama lagi. Walaupun ASTRO dimiliki oleh Ananda Krisnan (India), seorang billionarie (tycon) di Malaysia, tetapi orang yang bertugas mengendalikan Astro adalah orang Melayu! Mereka mempunyai dasar sendiri dan kriteria untuk memilih pelajar AF. Yang pastinya, banyak pelanggan ASTRO di sabah dan Astro tahu orang Sabah kuat meng'AFUNDI'. Tidak hairan kalau ada lima (5) pelajar dipilih dari Sabah pada AF3 kali ini.FAKTA 2: Berdasarkan latar belakang dan bangsa/kaum pelajar AF, bolehlah disimpulkan hanya Melayu/Bumiputera (65.1% = 14,453,902 juta orang) sahaja yang meminati dan aktif mengikuti AF. Lebih kurang enam juta (6) daripada 14 juta itu adalah dari SABAH dan SARAWAK!, Maka lebihan 8 juta lagi peminat AF ialah dari semenanjung!. Daripada fakta ini, AF4 akan diadakan juga tahun depan dan ASTRO tetap akan mengambil pelajar dari Sabah.
----------------------------------------
Agama
----------------------------------------
Islam 60.4%
Buddha 19.2%
Kristian 9.1%
Hindu 6.3%
Confucious/Tao 2.6%
Lain-lain 2.4%100.0%
========================================
SOALAN: Darimana kah Undi Felix? Undi Mawi?Mawi dari Johor dan Felix dari Sabah, dua negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia selepas Selangor. Mawi ialah Muslim dan Felix adalah Kristian. Daripada fakta ini, maka jumlah undi mereka berdua adalah seperti berikut;
Undian mengikut Negeri
-------------------------------
Undi Mawi (Johor) 11.56%Undi
Felix (Sabah) 11.03
Kesimpulan: Daripada fakta ini, Felix tidak boleh mengungguli Mawi, tapi oleh kerana sistem undian Astro adalah bebas (Undi seberapa banyak yang boleh), kemungkinan Felix memintas Mawi ialah apabila pengundi Mawi kurang mengundi dan pengundi Felix bertungkus-lumus mengundi Felix. Kesimpulannya ialah Felix memang ada peluang mengungguli Mawi walaupun sedikit. Jadi gunalah peluang yang sedikit itu kerana ia boleh mengubah kedudukan Felix.Naikkan Motivasi/Harapan mengundi anda
.----------------------------------------
Apabila konsert akhir AF2 bermula dan Linda diserapkan semula setelah memenangi undian AFMASUK, Linda bermula pada 0% dan terus-menerus meningkat 1%, 2%, 3%... 10%, 16%... 19%... Undian yang sangat mengejutkan. Peratusan Linda sangat menggerunkan bagi kebanyakan pengundi-pengundi pelajar lain kerana Linda memintas satu demi satu pelajar lain dan terus-menerus bergerak bermula pada tangga enam memintas kedudukan tangga lima, empat, tiga, dua.. bagaikan satu raksasa yang menumbangkan satu demi satu lawannya. Pada petang sabtu konsert akhir itu, peratus Linda ialah 19% dan selepas konsert itu, apabila Aznil membuka peratusan akhir... peratusan Linda tidak berubah! dan sebenarnya kebanyakan peratus pelajar lain tidak berubah sama-sekali! kecuali tangga lima dan enam sahaja, dimana Bob memintas kedudukan Kaer!.
Banyak orang tidak tahu apa yang terjadi di Sabah ketika itu. Banyak pengundi Linda di Sabah merungut kerana menerima "SMS GAGAL MASUK". Difahamkan peminat Linda daripada Utara Sabah sehingga ke selatan, KK, Penampang, Tuaran, Ranau, Keningau, Tenom tidak berpuas hati kerana "SMS GAGAL MASUK". Ketidakpuasan hati itu turut dimuatkan ke dalam surat khabar Sabah.Dua hari kemudian Ketua Celcom Bahagian Sabah membuat pendedahan untuk meredakan kemarahan orang ramai bahawa Celcom sedang menjalankan kerja-kerja integrasi diantara 019 dan 013. Tapi saya sendiri mempertikaikan pendedahan itu sebagai "TIDAK MASUK AKAL SAMA SEKALI!", kerana Celcom mempunyai pilihan untuk menunda integrasi itu sehingga selepas konsert akhir (Celcom memang tahu Konsert AF2 akhir itu dan peminat akan bermati-matian mengundi pelajar mereka). Patutkah Celcom menjalankan kerja seperti itu pada ketika Celcom mengetahui "nasi mencurah-curah masuk ke dalam periuknya dalam satu minggu itu"?.
Jika anda mempunyai sebuah pasar raya dan orang ramai berpusu-pusu datang membeli barang-barang anda pada waktu pagi, sebaliknya anda menutup pintu pasar raya anda? Bukankah itu tidak masuk akal? Pada masa ini, kita boleh mengundi dengan talian tetap juga. Celcom yang menimbulkan kontroversi itu sekarang telah diambil alih oleh Telekom. Harap-harap Telekom tidak melakukan perkara yang sama/ yang tidak masuk akal. Kalau boleh, saya cadangkan sila guna SIM CARD penaja utama Akademi Fantasia untuk mengundi.
Untuk anda sekalian yang sedang membaca ini, perhatikan betul-betul jumlah penduduk Sabah. Penduduk Sabah 2.4 juta itu adalah banci pada tahun 2000. Baru-baru ini (tahun 2005) dilaporkan dalam akhbar jumlah penduduk Sabah telah meningkat ke 3 juta!. Seandainya ada 30% (900,000 = sembilan Ratus Ribu) sahaja penduduk Sabah yang bermati-matian mengundi menghantar 10 undian dalam selang 30 saat, maka jumlah undi Felix adalah 9 juta dalam 30 saat itu saja!. Sekiranya 30% pengundi Felix melipat gandakan undian sebanyak 30 undian dalam 1 minit setengah, maka jumlah undian Felix dalam 1 minit setengah ialah dua puluh tujuh juta (27) juta!. Anda Terkejut? Berapa banyak undi jika seorang menhantar 50, 100 undian seorang? Berapa banyak jika ada 40% atau 60% pengundi Felix!?
Tidak hairanlah kalau "SERVER SMS AFUNDI ASTRO" jam! hang! Kesesakan talian!. Apa lagi kalau undian itu datang dari seluruh negeri Malaysia, Ianya bukan saja boleh men'hang'kan Komputer Pentium 4 anda, malah komputer kerangka utama (main frame computer) atau 'Super Komputer' pun boleh 'hang'!... Dan tidak hairan juga kalau pendapatan Astro tahun lalu berjumlah 20 juta ringgit Malaysia!
Tahun ini pasti lebih banyak lagi pendapatan ASTRO.Kesesakan talian AFUNDI adalah nyata (real), oleh itu saya cadangkan gerak-gempur AFUNDI Felix untuk konsert akhir bermula pada hari AHAD lagi ataupun ISNIN dan teruskan undian anda sehingga hari sabtu. Naikkan peratus Felix setinggi yang boleh sebelum hari sabtu konsert akhir itu. Saya boleh jamin kebanyakkan AFUNDI ketika hari sabtu atau pada masa konsert berlangsung tidak dapat masuk (lewat). Saya sedikit pun tidak hairan kalau server SMS AFUNDI ASTRO 'hang' dan perlu di'reset'kan pada hari sabtu itu nanti. Tapi kalau 'hang'pun, Astro tidak akan katakan server mereka mengalami keadaan itu sebab ASTRO menjaga imejnya. Kalau server SMS AFUNDI ASTRO perlu diresetkan, kemungkinan besar peratusan awal (sebelum SERVER SMS AFUNDI hang) pelajar akan digunakan untuk keputusan akhir konsert.
CADANGAN STRATEGI AFUNDI SAYA
-------------------------------
Gerak-gempur AFUNDI Felix untuk konsert akhir bermula pada hari AHAD lagi ataupun ISNIN dan teruskan undian anda sehingga hari sabtu.
-------------------------------
Bawalah kawan-kawan anda dan ajak mereka membaca ini. Cetaklah (print) muka surat ini atau 'copy' dan 'edit' dalam Word processor anda dan 'print' kemudian sebarkan kepada kawan-kawan anda.Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh,berdua kita dua-dua,berjuta-juta undi lagi bagus...
Sekian...
majulah sukan untuk Amerika...
AFUNDI FELIX...
Peace Forever..."
Amacam? Korang rase x ape yang aku rase? xmatang nyer!!!!! fanatiknyer!!!!!
pepehal jgn korang ingt aku "secara halus" promote Felix kat sini...honestly, aura finalist Malaysian Idol 2 lebih kuat berbanding bebudak AF3! Pulak tu, ade plak contestant cam Kefli! Ya Allah! Aku rase die tu lebih teruk dari Adam AF2!! Kesian pun ade, sbb yang memlih diorang juri2 jugak..ntah la! If I were to be at his place, I'd rather offer myself to be eliminated...juri2 pun jaga hati sgt..dah xsedap kata la TAK SEDAP..ni tak, kasik harapan palsu je!
Pepehal...tengok..tengok gak, tapi jgn sampai bende yang penting kite abaikan..sepatutnyer ade rase dalam diri kite..."Alaaa....xtengok pun xpe...bukannyer aku mati ke..xleh nak idup bahagia ke!"
Chow!
Guru Berpolitik??
15 years ago
No comments:
Post a Comment