Friday, August 12, 2005

UngU vIoLeT....?

Pada Ahad 7 ogos lalu, aku ngan nizam gi tengok movie kat klcc same geng myspace die. Filem pilihan ialah Ungu Violet. Mule tu nak tengok sbb katanyer ade puitis2 gak la...macam AADC. Kitorang plak tgh in mood nak cari ilham buat pantun..nak bertanding la katakan..

Hmm..first impression; kagum gak la dgn montaj die: menarik..simple..ala2 sepet..garisan2 merah ngan biru bertemu lalu jadi corak caler ungu..diselitkan ngan gambo2 still yang artistic. Mule2 dah tekezut dah apasal terjaga dalam keranda plak watak utamanyer?..oo..mimpi! Hero punyer theme biru, dinding rumah biru, baju biru..heroin pulak theme merah..dinding rumah merah, baju merah...kreatip la. Lakonan Dian mmg marvellous! Bersahaja. Paling suka expression muke "malu tetapi mahu" die. Semua audience enjoy mase tu. Lakonan hero plak bleh tahan la sebagai first timer. Babak paling tauching mase Dian call nenek die waktu hadiri catwalk. "Niang (nenek)..aku rindu sama kamu.." mase tu lagu latar senyap..sumer org pun senyap. Tambah plak sedih nenek die mati atas kerusi tunggu Dian balik, mase dijumpai tgn die masih memegang baju kerje Dian dulu sebagai penjaga kaunter tiket. Huahhh...nasib baik aku dikelilingi manusia. Klau tgk sorang2...mau je menitik air mata ni barang setitis dua.

Cume ending die cam terkejut gak la...ending xde explaination. Kenapa peminat die sanggup kasik mata kat die.? Peminat die tu mmg dah nak mati ke ape? Yang pasti satu ayat aku ingat Lando khabaq kat Dian dalam surat die "Hidup tak selalu seperti yang kita mahu.." Mungkin filem ni nak kasik tau penonton...ending cerita xsemestinyer seperti yang penonton2 mahu.

Sbenarnyer mmg aku ade sedikit mind set cerita ni mcm video clip kumpulan KISS dari Korea tu, lagu Yeo ja Inika (because i'm a girl)...tapi nampakner mmg cerita ni has its own idea. Mmg happy ending pun.
Overall, citer ni best! Tak sabar nak tengok lagi. Bukan mcm Tentang Dia..mmg aku xhingin nak tengok lagi!
Lando dan Kalin.

1 comment:

Nizam Ahmad said...

aku rasa cite ni anti klimaks ar... mcm mendatar je....