Thursday, August 11, 2005

Darurat???

Semalam berita keluar statement dari Kementerian Pendidikan: Semua Sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup Khamis hingga Ahad. Hari ini tempat2 yang Indeks Pencemaran Udaranye (I.P.U.) lebih 300 (Sangat tidak sihat) diisytiharkan darurat antaranya Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor. Seluruh institusi pengajian termasuk tadika dan universiti ditutup bermula Jumaat hingga Ahad. Kat area Gombak ni I.P.U. dah mencecah 300, dah tahap sangat kurang sihat pun. Esok xde klas!!! Tutorial aku ade 2 esok, lecture P.P. mmg Madam dah cancel dah sbb die sendiri kurang sihat..she'll be on leave for a week! Madam dah dekat 2 minggu demam, batuk2..tapi jerebu yang makin teruk nampaknyer xmengizinkan madam sembuh lebih awal..kesian Madam. B.T.N., Ibadah Camp, MALIC Mahallah Ali sumer dibatalkan...hmmm, sbnrnyer aku dah plan xnak pegi B.T.N. sbb nak gi Cermas Agro Park, Bentung utk program MALIC anjuran MRC Ali...tapi dua2 pun batal...geng2 lex grad 012 yang kononnyer nak gi ibadah camp reramai pun batal gak. Tinggal satu je aktiviti aku..Pertandingan Sajak kat Sabak Bernam. Itu pun sbb yang lain2 tu batal.
Nizam khabaq Klinik UIA kan bekalkan mask free utk sumer pelajar UIA melalui MRC Mahallah masing2..bile xtau la plak! anyway, just glad to hear that.
Aku baru balik shopping makanan kat Carrefour ngan Pidin..RM100.98 sumernyer. Susu 2 kilo, Milo sekilo, spegetti 9 packet, sos tomato, cili..telur gred C 30 biji. stok sebulan maaa! hahahahah...xsabar aku makan tadi, milo pun dah dekat 2 minggu xjamah. Kimi pas ni rajin aaa datang bilik...huh!
Sini aku paste kan gambo jerebu minggu lepas ngan semalam...makin teruk maaa. Yang aku "hangin" punca jerebu ni adalah sbb peladang2 kat Indonesia bakar ladang kelapa sawit diorang..tu Che Zul la kasik tau. Boleh caya x? Tapi kalu betul mmg aku pelik, geram, sedih ..apasal la suke2 je buat keje..org lain plak dapat susah! Kat Malaysia tebang je. Ye la, byk boleh gune batang2 kelapa sawit tu..daripada bakar hangus. Kalau xnyusahkan org xleh ke? Benda dah pun jadik..cakap byk pun xguna. Harap pas ni jgn la diorang buat "lawak" camni. Gambo sebelah kiri minggu lepas..makin teruk kan?

No comments: